Pertama kali berpuasa di perantauan, jauh dr keluarga, jauh dari kemeriahan bazar ramadhan yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa dan tiada surau/masjid berdekatan untuk mendengar azan subuh menandakan bermulanya puasa dan azan maghrib untuk berbuka puasa. Tadarus dan sembahyang terawih memerlukan kekuatan dalaman untuk dilaksankan lebih-lebih lagi dengan anak2 yang masih kecil dan sentiasa mahukan perhatian mama dan bapak...
Puasa tahun ini di Jepun jatuh pada musim panas dimana waktu subuh seawal 3pagi dan berbuka sekitar pukul 6.30ptg (hampir 16jam). Oleh itu, pendekatan yang diambil ialah berjaga sehingga waktu sahur, solat subuh dan tidur( Walaupun di Malaysia, orang selalu berpesan tak elok tidur selepas subuh, rezeki berat).
Kebetulan pula bulan Ogos merupakan cuti sekolah di Jepun, bagi kakak kuranglah aktiviti fizikalnya iaitu berjalan kaki pergi dan balik sekolah, aktiviti senaman dan renang. Semoga kakak dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan mama dan bapak sudah mula mengajar kakak solat. Adik pula mula berpuasa separuh hari dan baby pun suka nak ikut solat.
No comments:
Post a Comment